'Berbalah dengan Azizan Abdul Razak' Phahrolrazi Mohd Zawawi

Dua daripada Exco Pas – Phahrolrazi Mohd Nawawi (Adun Pengkalan Kundor) dan Dr Ismail Salleh (Adun Alor Mengkudu) dilaporkan tidak mahu dilantik semula ke jawatan itu “kerana kurang yakin dengan kepemimpinan Azizan.” Pada hari Selasa 28 Februari 2012, Azizan cuba “mendapat mandat daripada kepemimpinan tertinggi parti bagi mengelakkan krisis politik.” Lapan daripada 10 exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah. Dua lagi exco iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dikatakan enggan menyambung jawatannya.[4]

Mahfuz Omar (Pas Pokok Sena) menolak tanggapan ketegasan Azizan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menjadi punca permasalahan di negeri itu. Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab menyatakan beberapa pertubuhan pelajar memberi amaran akan mengadakan protes di hadapan Wisma Darul Aman pada 19 Februari 2012.

Azizan dianggap seorang pemimpin tua (72 tahun) yang degil dan sukar didisplinkan.[5] Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan naib presidennya, Salahuddin Ayub ke Kedah sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda.[6][7]

Akhbar Utusan Malaysia dan pihak UMNO cuba melaga-lagakan mereka tetapi Phahrolrazi nafi wujudkan gerakan menentang Menteri Besar.[8]